Thursday, May 10, 2012

Yang mana yang kau ketengahkan?
dan yang mana yang kau ketepikan?

Hati kau utamakan lalu akal kau pijakkan
Entah bagaimana kau hidup pabila Tuhan kau sisihkan

Dikaburkan ingatan dan
Dimatikan semua deria

Apa, bila kesusahan baru mahu melutut dan meraung?
Apa, mana pergi kemewahan serta tempat dimana kau naung?

******************************************

Subuh melangkah dengan bunyinya azan
Maka air matanya pun berguguran

Setiap titisan yang gugur itu menggegarkan bumi
Dan tumbuhnya tumbuhan hijau menjadi penyeri

Dunia tidak lagi gelap dan kosong
Tetapi cerah, aman dan penuh harapan

Hatinya tenang dan putih bersih bak bayi yang baru lahir.

Apakah yang terjadi?
Dirinya tiada lagi.