Sunday, February 19, 2012

Menghargai

Mengapa kita selalu melukakan orang yang kita sayang?
mungkin kerana kita tahu yang mereka akan sentiasa memaafkan kita
mungkin kerana kita rasa penat untuk selalu menjaga dan memelihara
mungkin sekali sekala kita nak rasa dunia tanpa mereka dan lihat jika mereka setia

Mengapa kita selalu merosakkan harta benda yang kita sayang?
mungkin kerana kita tahu itu hanya barang yang boleh diganti
mungkin kerana kita tahu kelemahan kita yang kalut dan digunakan sebagai alasan
mungkin kerana kita tahu itu bukan boleh dibawa bersama setelah mati
mungkin kerana kita sudah fikir bahawa ia tidak penting lagi

Apa akan jadi kalau mereka semuanya hilang?
mereka semua tidak ada lagi dan kita mula tercari-cari
mereka telah penat menanggung kesakitan dan ditolak sana-sini
mereka pergi mencari titik permulaan yang baru dengan mereka yang pandai menghargai
mereka mula membuka mata kita tentang kesetiaanya selama ini

Apa akan jadi jika semuanya musnah tanpa sisa?
kita dapat memperbaharui semuanya tanpa mengira harga tapi tidak nilainya
kita tahu kita akan mendatangkan susah pada diri sendiri tetapi mengapa meraikannya?
kita tidak layak untuk terima sesuatu yang begitu berharga walau seringgit dua
selagi tidak nampak sedikit kesyukuran kita manusia yang tidak empunya apa apa

penyesalan itu petanda bahawa semuanya telah terlambat akibat kita mensia-sia



Nukilan LeeJoe
2012

Saturday, February 18, 2012

Hati

Hati itu lemah hati itu kuat
hati itu yang buat kita terasa dekat
hati itu kecil hati itu besar
hati itu yang membuat orang gusar
hati itu keras hati itu lembut
hati itu yang semua orang rebut

hati itu adalah satu misteri
hati itu hanya satu yang tak berganti

kenallah hati maka kenallah diri

kan?

Berlalu dengan perlahan
mungkin nampak seperti orang cool
berlalu dengan pantas
mungkin nampak seperti orang penting

berlalulah dengan apa gaya pun
semua orang ada arah tuju

Senyum pahit kelat seperti tak ikhlas
kalau tak senyum takut terasa
senyum penuh ceria
rasa menipu pula, rasa tiada kekejaman di dunia

senyumlah macam mana pun
tetap ada cerita tersembunyi

Kata kata kasar tajam lagi berbisa
ludah sikit hancur dengan asid racun
kata kata lembut bak sutera, manis bak madu
tergoda sedikit, terpedaya tertipu

pasangkan saja telinga endahkan saja nada
apa yang dimaksudkan, ternyata pada mata




Nukilan LeeJoe
2012

Friday, February 17, 2012

Aku hanya pemerhati

Aku hanya pemerhati
dari dulu aku memang ini
aku tersenyum sesekali
melihat pasangan pasangan yang kusyuk dalam dunia sendiri

kopi
api
pelangi
hujan
dan madu
berbeza pada setiap pasangan
atau semua dalam satu

Aku hanya pemerhati
dari dulu aku memang ini
yang membatu tanpa signifikasi


Nukilan LeeJoe
2012