Friday, May 18, 2012

Tentang Seorang Aku

Assalamualaikum :) apa khabar semua? harap sihat-sihat sahaja.

disini aku ingin menguar-uarkan atau promote buku "Tentang seorang aku" yang telah dihasilkan oleh beberapa orang sahabat aku dengan tujuan melakukan kerja amal. Buku ini adalah dibawah organisasi Jiwaa.

Harap anda, anda dan anda semua dapat mengambil sedikit masa untuk membaca apa itu Jiwaa dan dapat membantu dan menyertai usaha murni kami. Sama-samalah kita beramal dan mengubah dunia. :)

Ikhlas itu bukan dari ungkapan
tetapi dari dalaman
bukanlah antara manusia
tetapi antara kita dan Dia
bukanlah kerana mereka
bukanlah kerana nama
dan bukanlah kerana terpaksa
tetapi hanya lillahita'ala