Friday, October 22, 2010

Tunggul, dinding, tiang

kau bukan tunggul-bukan
kau bukan dinding-bukan
kau bukan tiang-bukan

tapi kenapa kau berlagak seperti seakan akan?
mereka duduk berdiri bersandar-kau tidak berganjak
mereka tumbuk hentak bagi retak-kau biarkan saja
mereka menjerit melalak-patut pantulkan semua
mereka coret conteng-kau tutup mata

tunggul.
dinding.
tiang.
catnya tertanggal tanggal
warnanya pudar habis
lumut saja yang tinggal

mahu tunggu roboh?
mahu tunggu tumbang?
mahu tunggu di lenyap hilangkan?

cat begitu ceria warnanya
akan luntur juga
tinggi besar mana dinding, tunggulnya
boleh dirobohkan juga
tiang apa adanya
boleh dialihkan saja

perlu ke?
kau bertunggul
kau berdinding
kau bertiangkan diri?



Nukilan LeeJoe
2010

Tuesday, October 19, 2010

hey kamu
ingatkah kamu
suatu ketika dahulu
saat langit menjadi bumbung kita
bulan dan bintang menjadi saksi kita
saat bibir kau berkata kata
kau akan ada
tak kira bila
tak kira di mana

hey kamu
ingatkah kamu
suatu ketika dahulu
kamu senyum pada aku
kerana kamu malu
malu kerana aku nampak kebodohan kamu
ciri ciri yang kamu simpan dari orang lain selain aku

hey kamu
dengar sini
aku rindu kamu
aku rindu kamu tahu?
malam itu aku gembira
kerana aku tahu kamu maksudkan nya
setiap senyuman itu aku percaya
kerana kamu terima aku seadanya
dan kamu juga tahu aku terima kamu
dan aku rindu
aku rindu senyuman itu


Nukilan LeeJoe
2010

Friday, October 8, 2010

dulu kamu datang. aku melihat kamu dengan sepintas lalu, sekilas pandang.

aku nampak orang lain, aku tak nampak kamu.

orang kata kamu 'likable' aku kata tak tahu kerana bagi aku kamu bukan siapa.

orang kata mereka suka kamu tapi aku kata 'ohh.. ok' kerana kamu bukan siapa.

aku rapat sama adek beradek kamu, tapi kamu bukan siapa.

aku tak rasa apa, kamu memang begitu dengan semua. bagi aku kamu tetap bukan siapa.

suatu hari aku besentap sama adek beradik kamu serta kamu kerana terguris sepanjang 2cm.

aku terasa merajuk sedikit. tapi kamu semua terasa. ya. bagus. itu yang aku mahu.

tapi masa kamu tarik aku, kamu tarik muka kamu.

aku lihat kamu. kamu yang kamu. kamu juga terluka dan terasa.

wow, kamu berperasaan.

kamu ceritakan pada aku apa adanya dalam hati kamu.

kamu ceritakan tentang kamu.

wah, kamu percaya aku ya?

aku fikir kamu begitu juga dengan semua tetapi aku tidak sangka kamu begitu jaga imej kamu.

kamu sorokkan hati kamu dan diri kamu yang begitu rapuh.

saat itu aku terjatuh.

aku tidak sakit kerana daratnya lembut.

kamu menyambut, kamu membelai kamu memberi harapan.

dulu aku fikir kamu bukan siapa kini kamu lah segala galanya.

aku kenali kamu aku dalami kamu.

kamu begitu sebati dengan citarasa aku.

hati aku terima kamu.

tapi aku bodoh bukan?

aku buta bukan?

aku tidak menyangka aku tertipu dengan segala dongeng yang aku terlakonkan.

sangat natural untuk aku jatuh cinta.

sangat natural untuk aku yang merasakan kesakitan kan.

aku sangat bodoh bukan?

aku sangat buta bukan?

melihat kamu yang terang terang nya gembira dengan dia.

mata kamu bersinar bibir kamu kuntumkan senyuman.

kamu bahagia.

tapi yang menikam hati aku adalah aku bukan dia.

mata kamu tidak bersinar dengan aku.

bibir kamu kuntumkan bunga melur bila bersama aku.

bibir kamu kuntumkan bungar ros bertaman bila bersama dia.

sekarang aku hanya jauh.

kita jauh.

dulu kita berbicara, bersengkang mata bergelak tawa.

kini aku yang terasa bahangnya hati bila kamu bersenda dengan mereka.

aku hanya melihat, berdiam tidak berbuat apa.

kamu pengang, dakap erat mereka.

kamu tidak lepas.

tapi aku kamu hanya sentuh.

ya, aku tahu aku tidak mahu kamu melebih kerana aku kata aku sakit,

ye, aku sakit.

tapi kamu kini tidak tahukan aku, kamu pinggirkan aku.

kamu berpengangan berdakapan erat didepan aku.

apa kamu fikir aku tidak berperasaan?

kamu tahu apa itu sakit?

aku bernafas dalam dalam laju laju.

dada aku naik turun naik turun.

kamu tahu apa itu sesak nafas?

tercekik udara panas di dada?

boleh mati di saat itu juga.

kamu tahu apa itu terluka?

aku yang lalui nya dan kamu hanya melihat tidak merasa apa.

"just gonna stand there and watch me burn, but that's alright because i like the way it hurts. just gonna stand there and hear me cry, but that's alright because i love the way you lie. love the way you lie."

Wednesday, October 6, 2010

sayang
cium bunga itu cium
tertutup matamu terkesima semantara waktu
akan baunya kau rakam dalam kotak ingatanmu

sayang
carilah aku cari
bauan merangsang itu bisa bantu
jejakilah aku

sayang
sentuhlah duri itu sentuh
apakah berbaloi untuk jari mu terluka?
dengan genggaman eratmu tanpa mahu melepaskannya

sayang
kamu sakit ya?
kamu tercalar,terbelah ya?
aku nampak sayang
aku menangis

sayang
kau jejaki bau itu
kau cium duri tajam itu
kau genggam kesakitan itu
jika kau mahu aku sayang
kau mesti jejak, cium dan genggam aku.


aku menangis



Nukilan LeeJoe
2010