Sering berada dalam keadaan kekeliruan
Suasana yang asing dari yang kebiasaan
Kentalkan hati kerana Allah memerhati
Utuhkan pendirian; ingat semula janji pada diri
Tidaklah
Itu bukan hipokrit atau pentingkan diri
Tapi itu menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling
Aku faham semua mesti menilai dan membuat konklusi
Tentang kemungkinan empunya ciri dan peribadi
Aku tiada tanggungjawab atau motif
Untuk memuaskan setiap hati dan harapan yang tinggi
saudara dan saudari
Aku adalah aku dan semuanya itu mungkin aku
Apa hasil penilaian itu tiada makna
Kerana tiada langsung yang layak bersuara
Biar Tuhan sahaja yang menghakimiku.