Saturday, March 24, 2012

Rumah Kosong

Tangisan dia bergema
pantulan demi pantulan
lagi menghiris sisa-sisa yang ada
tiada yang ingin mengetuk pintunya
dan berehat walau seketika
pintunya kini dikunci
kononnya ingin menyendiri

tolong! tolong! tolong!

dengarkah jeritan itu?
rumah itu melolong
kerana tidak ingin dibiar sendiri
tidak ingin dibiar hitam dan putih
ingin dicarinya warna pelangi

habuknya sana sini
tiada lagi kesan tapak kaki
perabutnya usang sama sekali
lampunya tidak berkelip

Rumah kosong itu usang


Nukilan LeeJoe
2012

Restless

Every corner of your eyes
your head is turning
to follow the sound of that voice
that came from nowhere

Your heart keeps beating fast
without knowing the reason
and what's making it jump
your chest is on fire

Walking to a place where
you don't even know why you're going
You don't even know what you are thinking
it's just seems like the right place to be

You feel like something is missing
as you are touching your chest you know
that something is wrong
as you are touching your chest you know
that you are no longer strong


Written by LeeJoe
2012

Thursday, March 22, 2012

Aku Kincir Angin

Mereka kata aku kekampungan
Aku buruk,tidak menarik;
warna cokelat dan berlumut

Aku tiada di bandar
dan tidak pernah sesekali aku
bermimpi untuk menghirup udara bandar

Sesekali aku tenang
sesekali aku berpusing kencang
berperang sama angin dan hujan

Suatu hari
aku patah
petir mencacatkan aku
sampai aku parah

Tapi mereka tak sedar
sesuatu yang penting sekali
tentang kewujudan aku;
Aku tidak berganjak

Aku mungkin rosak dan tercela
tetapi aku masih ada
aku tetap tegap berdiri


Nukilan LeeJoe
2012

Wednesday, March 14, 2012

Akan pasti menyusuli

Bangun pagi
senyumannya berseri
terasa diri disayangi
kerana diberi peluang lagi
untuk memperbaiki diri

Dicapainya cebisan-cebisan kertas
dicatatnya ciri-ciri yang dibenci
yang ingin dibakar, dicampak dan dihalau pergi
memberi ruang untuk perubahan
yang bakal menyusuli

Hari demi hari
kertas kian bertimbun
terkumpul jadi abu
dibiarkan berdebu
pada malam mata tetap berlinang
pada pagi bibir tetap tersenyum

Satu kebiasaan dimana hati dikecewakan
dengan janji yang dimungkiri
manalah lebih bermakna
dan manalah lagi sakit
jika bukan janji pada diri?
pada siapa lagi harus dipercayai
jika diri sendiri mengkhianati

Usaha
Doa
Tawakkal

Perubahan pasti menyusuli


Nukilan LeeJoe
2012

Sunday, March 11, 2012

Hingusan

Seronokkan jadi kanak-kanak?
Cakap apa saja yang mungkin orang terasa
Tetapi dilepaskan sahaja
Kerana tahu tentang kehingusannya

Seronokkan jadi kanak-kanak?
Cakap apa saja tanpa asal usul
dan lepaskan racun di mulut
Melihat semuanya musnah
Hanya untuk memuaskan hati
dan mempertahankan 'maruah'

Dendam
Dengki
Sakitnya hati

Meningkatnya usia
Seiring matang akalnya
Tetapi hati membuta
Maka akal hilang warasnya

Tetapi dilepaskan sahaja
Kerana kehingusannya


Nukilan LeeJoe
2012