Thursday, January 20, 2011

Tangisan memecah sepi
Aku terduduk, akal aku mati
aku terlalu kering
sampai tidak lagi aku fikir tangisan itu penting
aku mula membisu
kerana apa aku kata tidak mungkin membantu
memang pahit tekak, pedih hati
tahan semuanya agar tidak berlinang lagi

rasa lemah kah bila jatuh setitik air mata?
Apakah lagi hebat jika simpan dan kuncikan semuanya?
malu kah walaupun setitis tergenang dan jatuh di atas bantal?
berpelukan berselimutkan kehangatan dari kedinginan malam?

jangan simpan sayang
lepaskan saja biar banjir serata dunia
mungkin sementara kau melayang menghilang
tapi tentu yang ada untuk menarik semula ke alam nyata



Nukilan LeeJoe
2011

Friday, January 7, 2011

Tribute "Fly Away Home"

Who says there will never be light in the dark?

Or how you should fall and give up?

You lost something that you hold so dear

But that doesn’t mean you should push away everything that is here

Open your heart learn to accept

You never know it may be the most precious thing you ever kept

Tuesday, January 4, 2011

Lagi sekali terdiam
setelah beberapa kali ingin berkata kata
masih di lihat di sudut sana
dimana sini mungkin dipandang hina.
apa?
hanya di mata sana sini salah
di mata sini sana yang sebenarnya salah.
mana sekarang yang ingin berjujur dan menyerah kalah?

baik
faham
ternyata jelas
tidak perlu diterang

Buka mata, buka pintu hati
Aku mungkin ada hari ini
esok aku pergi

sayangnya
semua ini amat bermakna
menitis air mata kerana sayang yang tak bernyawa
dibiar terbaring kaku
tiada yang berhenti hanya pandang sepintas lalu
ye tidak penting kerana yang jatuh hanya satu
mungkin?