Friday, September 24, 2010

masih bunga

ye
aku masih bunga
betapa buruk rupa aku
aku tetap bunga.
betapa tinggi nya aku memanjat
mengejar cahaya matahari
aku tetap bunga.
betapa hebat rintangan aku lalui
aku tetap bunga
walau aku seperti lalang
aku tetap bunga


ye
aku masih bunga
masih perlu dijaga
kerana mudah terjatuh kelopak nya
mudah layu tanpa airnya
perlu dijaga madunya


ye
aku masih bunga
walau kumbang berligar
jangan sekali cuba kelopak ditarik
jangan air nya diteguk bagi habis
jangan madunya terasa pahit

ye aku masih
walau apa saja
aku tetap bunga



Nukilan LeeJoe
2010

Saturday, September 18, 2010

Taman

Dalam hati tiada taman
taman?
manakan mungkin?
ada taman yang subur dan pada malam nya diterangi bulan dan kelip kelip
ada taman yang kosong dan hambar tiada kehidupan walau sedikit
ada taman yang sedang mekar bunganya warna warni mewangi


bagaimana pula dengan taman yang telah diracuni tanah nya?
masakan ia bisa hidup?
kering retak terbelah dalam
gayanya seperti tiada harapan bukan?
bagaimana pula dengan taman yang telah tercemar udara nya?
masakan ia bisa bernafas?
layu daun daun nya, bunga pudar warna nya
gayanya seperti sedang terluka terseksa bukan?


apakah adanya taman di dalam hati bisa bawa bahgia?
apakah adanya taman di dalam hati bisa kekal kecantikannya?


Aku mahukan taman ya
aku ingin rasakan malam yang ditemani bulan dan kelip kelip
aku ingin rasakan kekosongan dan hambar
aku ingin rasakan bunga yang sedang mekar warna warni mewangi


aku ingin
aku ingin rasakan
aku ingin rasakan taman




Nukilan LeeJoe
2010

Tributasi 'cinta'

Berdebar debar

Terketar ketar

kelunya lidah tak terkata

apa itu cinta?

apa itu perasaan yang membuat kau menjadi gila?

ada yang tertawa

ada yang berdiam menyeksa jiwa

Apa itu cinta?

Siapa yang berani menampilkan diri

menjelaskan dengan terperinci

Jawapan yang dicari

Kau, aku sedang menanti


#

Dimanakah harus ku cari cinta?

Walau sakit tapi aku ingin cinta

Oh cinta (sakitnya hati bila bercinta tapi aku mahukan cinta)


Ada apa dengan cinta?

Cinta sama keluarga

Cinta sama rakan rakan kita

Cinta sama kekasih hati yang mungkin setia

pernahkah kau mendengar cerita?

tentang mereka

yang meragut nyawa kerana cinta

yang diragut nyawa kerana cinta

Ada apa dengan cinta?


#




faliq yusoff + LeeJoe

2010

Friday, September 17, 2010

Aku tak nak tipu lagi
sakitnya hati silalah kau pergi
wah kau dilayan begitu baik sekali
apa kau ingat aku ini berhati besi?
kalau besi boleh di panas, di lentur bervariasi
ini kan kaca rapuh yang dipanngil hati
Cukup lah sampai disini
tidak ingin terus mendustai diri

Wednesday, September 8, 2010

CINTA


Buku ini diterbitkan untuk mengumpul derma kepada rumah anak yatim yang bernama Rumah Penyayang Hembusan Kasturi.

dalam buku ini terdapat cerita cerita pedek, puisi dan quotation cinta. Konsep cinta di sini adalah sangat luas dan bukan terikat hanya kepada perasaan kasih kepada buah hati sahaja.
Karya karya agung ini ditulis oleh Ammad Izzat, Yong, Maya Zaharudin dan aku.

Harganya RM 10.

siapa yang berminat dan mempunyai soalan dan sebarang kemusykilan, sila emailkan segalanya ke cintabyai@yahoo.com

Tuesday, September 7, 2010

where are you?

You're not around
Seems so dark when you're gone
can't seem to focus my mind on
things that are easily torn
can't you see I'm going crazy?
every time I'm all twitchy
Is when my heart is not at ease
and if it's not too much, can you just please
answer this so I could move on blissfully
I hope that you will too




so where are you?



Written by LeeJoe
2010

Dulu

Ingatkah kau saat itu?
saat yang sering ditunggu-tunggu
saat kau berbisik semanis madu
saat aku terjatuh dalam jeratmu

pernahkah kau lihat aku menangis?
terduduk melutut diriku sangat sadis
rapuh hatiku bukanlah untuk kau kikis
dicampak dipijak dikoyak habis

tertipu aku kau hebat
walau sekejap hatiku terlekat
tapi sayang mulutmu makin kelat
terlepasnya aku kau menggelintat

sekarang aku tertawa sendiri
diusik pentas dimana kita berseni
terputiknya bunga cinta yang wangi
dimanakah kau dan aku kini
semuanya sunyi dan berlalu pergi


Nukilan LeeJoe
2010