Tutupkan sebelah mata
kerana kasih sayang antara kita
Tutupkan sebelah telinga
ketika kau ucapkan kata setia
Mungkin pertalian kita persahabatan cuma
tetapi telah kita janjikan selamanya
Jangan ditorehkan lagi yang sudah pudar
Jangan dipahitkan lagi yang sudah tawar
Hati yang tiada ganti mempertahankan lagi
Hubungan yang begitu ku hargai
Tawa dan tangis dikongsi bersama
Sampailah waktu kau bersamanya
Mungkin semuanya tiada lagi makna
Tetapi tidak boleh dibiarkan jatuh tanpa usaha
Akan tiba masanya jambatan itu usang
Bergoyang dengan rapuh; terhuyung-hayang
Pijaknya kaki tidak mungkin tertampung
Jatuhnya kita tidak mungkin terapung
Tiada pula jala untuk menyelamatkan nyawa
Mungkin semuanya tiada lagi makna
Tetapi tidak boleh dibiarkan jatuh tanpa usaha
Nukilan LeeJoe
2012