Saturday, November 22, 2008

Malam itu..

Tenangnya suasana di malam indah,
tenangnya minda di malam sunyi,
tenangnya hati memikirkan wajahmu disebalik bulan,

Semuanya seperti tidak wujud pada saat ini,
kerana hanya kau yang wujud dalam diriku,

angin bayu bagaikan sentuhanmu,
ketenangan dan kesunyian mejadi satu,
membina wajahmu di sisiku.


nukilan LeeJoe
2006