Friday, November 28, 2008

berserah...

Aku selalu memujamu dari jauh,
namun apa kan daya,
aku tau kau tak akan memujaku,
aku selalu mimpikan mu,
tapi aku tahu kau tidak akan mimpikan ku.

Aku meragui apabila kau mengatakan cintamu,
sukar untuk aku mempercayai,
walaupun kau telah mengatakan kejujuranmu.

Perasaan boleh berubah macam itu saja,
ia termasuklah perasaanmu,
aku harap kau sentiasa begini,
kerana kau membuat aku bahagia,

Namun, kebahagiaan tidak kekal lama,
kejujuranmmu adalah palsu buatku,
harapan mu adalah palsu buat kita,
sinaran kebahagiaan pudar,
tapi, semuanya di tangan tuhan.

Nukilan LeeJoe
2006