kau bukan tunggul-bukan
kau bukan dinding-bukan
kau bukan tiang-bukan
tapi kenapa kau berlagak seperti seakan akan?
mereka duduk berdiri bersandar-kau tidak berganjak
mereka tumbuk hentak bagi retak-kau biarkan saja
mereka menjerit melalak-patut pantulkan semua
mereka coret conteng-kau tutup mata
tunggul.
dinding.
tiang.
catnya tertanggal tanggal
warnanya pudar habis
lumut saja yang tinggal
mahu tunggu roboh?
mahu tunggu tumbang?
mahu tunggu di lenyap hilangkan?
cat begitu ceria warnanya
akan luntur juga
tinggi besar mana dinding, tunggulnya
boleh dirobohkan juga
tiang apa adanya
boleh dialihkan saja
perlu ke?
kau bertunggul
kau berdinding
kau bertiangkan diri?
Nukilan LeeJoe
2010