Wednesday, October 6, 2010

sayang
cium bunga itu cium
tertutup matamu terkesima semantara waktu
akan baunya kau rakam dalam kotak ingatanmu

sayang
carilah aku cari
bauan merangsang itu bisa bantu
jejakilah aku

sayang
sentuhlah duri itu sentuh
apakah berbaloi untuk jari mu terluka?
dengan genggaman eratmu tanpa mahu melepaskannya

sayang
kamu sakit ya?
kamu tercalar,terbelah ya?
aku nampak sayang
aku menangis

sayang
kau jejaki bau itu
kau cium duri tajam itu
kau genggam kesakitan itu
jika kau mahu aku sayang
kau mesti jejak, cium dan genggam aku.


aku menangis



Nukilan LeeJoe
2010