Tuesday, October 19, 2010

hey kamu
ingatkah kamu
suatu ketika dahulu
saat langit menjadi bumbung kita
bulan dan bintang menjadi saksi kita
saat bibir kau berkata kata
kau akan ada
tak kira bila
tak kira di mana

hey kamu
ingatkah kamu
suatu ketika dahulu
kamu senyum pada aku
kerana kamu malu
malu kerana aku nampak kebodohan kamu
ciri ciri yang kamu simpan dari orang lain selain aku

hey kamu
dengar sini
aku rindu kamu
aku rindu kamu tahu?
malam itu aku gembira
kerana aku tahu kamu maksudkan nya
setiap senyuman itu aku percaya
kerana kamu terima aku seadanya
dan kamu juga tahu aku terima kamu
dan aku rindu
aku rindu senyuman itu


Nukilan LeeJoe
2010