Wednesday, September 8, 2010

CINTA


Buku ini diterbitkan untuk mengumpul derma kepada rumah anak yatim yang bernama Rumah Penyayang Hembusan Kasturi.

dalam buku ini terdapat cerita cerita pedek, puisi dan quotation cinta. Konsep cinta di sini adalah sangat luas dan bukan terikat hanya kepada perasaan kasih kepada buah hati sahaja.
Karya karya agung ini ditulis oleh Ammad Izzat, Yong, Maya Zaharudin dan aku.

Harganya RM 10.

siapa yang berminat dan mempunyai soalan dan sebarang kemusykilan, sila emailkan segalanya ke cintabyai@yahoo.com

Tuesday, September 7, 2010

where are you?

You're not around
Seems so dark when you're gone
can't seem to focus my mind on
things that are easily torn
can't you see I'm going crazy?
every time I'm all twitchy
Is when my heart is not at ease
and if it's not too much, can you just please
answer this so I could move on blissfully
I hope that you will too




so where are you?



Written by LeeJoe
2010

Dulu

Ingatkah kau saat itu?
saat yang sering ditunggu-tunggu
saat kau berbisik semanis madu
saat aku terjatuh dalam jeratmu

pernahkah kau lihat aku menangis?
terduduk melutut diriku sangat sadis
rapuh hatiku bukanlah untuk kau kikis
dicampak dipijak dikoyak habis

tertipu aku kau hebat
walau sekejap hatiku terlekat
tapi sayang mulutmu makin kelat
terlepasnya aku kau menggelintat

sekarang aku tertawa sendiri
diusik pentas dimana kita berseni
terputiknya bunga cinta yang wangi
dimanakah kau dan aku kini
semuanya sunyi dan berlalu pergi


Nukilan LeeJoe
2010

Thursday, August 19, 2010

Tertipu, ternyata bodoh
berdiri, terdiam begitu hodoh
kaki bergetar ingin jatuh
lemas, tercungap tercekik udara
apakah tidak cukup apa yang ada?
yang teguh sekarang hanya mereka
jangan ubah kerana cinta
jika benar ianya terasa
jadi terimalah seadanya
jika ini sahaja yang mampu
janganlah terlepas kerana nafsu
nanti menyesal, menangis tak berlagu


Nukilan LeeJoe
2010

Sunday, August 1, 2010

Ada lembutnya

tidak aku sangka,
aku begitu tertipu dengan apa yang nyata,
hati nya keras tak terkata,
apakah salah aku yang terkena?
maafkan aku kerana salah sangka,
siapalah aku untuk menilai dirinya,
suatu hari suatu ketika,
bila aku benar benci dirinya,
kini yang jelas betapa aku cintakan dia,
dia dilapik bayangan singa,
dan sebenarnya dia selembut sutera,
lemahnya aku saat singa mengalir air mata,
hanya kerana anak anaknya,
siapalah aku jika bukan yang terasa,
kerasnya aku juga berbasah mata,
kini aku sedar ada juga lembutnya.
maafkan aku atas segalanya.






Johari Taharim

LeeJoe
2010