Sunday, August 1, 2010

Ada lembutnya

tidak aku sangka,
aku begitu tertipu dengan apa yang nyata,
hati nya keras tak terkata,
apakah salah aku yang terkena?
maafkan aku kerana salah sangka,
siapalah aku untuk menilai dirinya,
suatu hari suatu ketika,
bila aku benar benci dirinya,
kini yang jelas betapa aku cintakan dia,
dia dilapik bayangan singa,
dan sebenarnya dia selembut sutera,
lemahnya aku saat singa mengalir air mata,
hanya kerana anak anaknya,
siapalah aku jika bukan yang terasa,
kerasnya aku juga berbasah mata,
kini aku sedar ada juga lembutnya.
maafkan aku atas segalanya.






Johari Taharim

LeeJoe
2010