Tangannya dibuka luas
hanya menanti waktunya tiba
Mulut-mulut sudah mula berkata
"hanya menanti tanpa usaha"
Dibacanya, "Penantian itu suatu penyeksaan"
terketawa kerana tidak seseksa penantian tanpa kepastian
Semakin dicuba semakin keliru jadinya
lalu dibelai hatinya "Dia maha mengetahui, Dia maha melindungi"
Air matanya berlinang ditengah malam
"sekali ini saja biar aku yang mengada-ada"
Semakin dicuba semakin lemah jadinya
katanya mereka "jangan menjual, akan tiba juga waktunya"
Terduduk diam saja dan senyum menerima
didalamnya sudah rapuh dan patah titian usaha
Tangannya kini terjatuh
sembunyikan diri dari cinta
Nukilan LeeJoe
2013