Wednesday, February 5, 2014

Durjana

Aku terkurung
dalam kotak fikiran manusia--
bercorakkan negatif
berwarnakan dengki;
buat ku lemas dalam lautan dusta
hanya kerana nama.

Aku tersepit
antara hati dan minda;
apa yang benar
apa yang sepatutnya
lagi berasid bila datangnya bisikan durjana
daripada mereka yang tiada pentingnya.  

Aku terbisu
dalam kelam aku dikawal dan diuji
bagai tikus makmal dibedah dan diracun--
jika mati mereka berpesta
jika hidup mereka bertelingkah--
mencari siapa yang salah.