Tuesday, January 1, 2013

Sebenarnya apa?


*POOOMMMM PPOOOOOMMMMM*
Waduh! kusangkakan tembakan rupanya letupan bunga api
masakan boleh didengari letupan dari Gaza dan Bosnia?

eh! tangisan pula didengari
tangisan apakah itu?
kesyukuran?
kesedihan?
kekecewaan?
kehilangan?
 kegembiraan?

Sebenarnya apa?

hanya seronok akan naiknya satu angka 
terujanya dapat tukar kalendar
tahun yang baru maka permulaan yang baru
setiap kali pun memang begitu
niat apa entah kita pun tak tahu

Sebenarnya apa?

bersyukur kerana masih bernyawa
gembira atas peluang yang masih ada 
memperbaiki diri untukYang Esa
terus berjuang tanpa berputus asa
terduduk, bersujud lari dari dunia

Dua kosong satu tiga

Sebenarnya untuk apa?


Nukilan LeeJoe
2013