Friday, August 3, 2012

Anak-anak

Wahai anak-anak
buka mata
keluarlah dari kegelapan
bebaskan sayapmu
terbanglah ke arah cahaya

Wahai anak-anak
pergilah ke pantai
dan selam
selamlah sedalam-dalamnya
hingga cecah ke dasar
tidak kira hujan, panas, ribut, taufan
atau ombak yang memukul
selamlah dan kutip mutiara

Wahai anak-anak
mengapa dimatamu hanya ada wang?
duit yang hanyalah kepingan kertas
duit yang tidak semahal mutiara dan cahaya
duit yang tiada nilai apabila di 'sana'
duit juga tidak semahal jati diri dan maruah
tidak mungkin diletakkan tanda harga

Wahai anak-anak
apa yang kamu kejarkan di dunia?
apa motif kamu berada di medan perang
dengan menggunakan sebatang pen?
apa yang cuba kamu kecapi?
apa yang kamu boleh beri kepada dunia?
apa yang kamu boleh beri untuk menerima di 'sana' ?

Wahai anak-anak
apa yang kamu mahu?


Nukilan LeeJoe
2012