Saturday, March 24, 2012

Rumah Kosong

Tangisan dia bergema
pantulan demi pantulan
lagi menghiris sisa-sisa yang ada
tiada yang ingin mengetuk pintunya
dan berehat walau seketika
pintunya kini dikunci
kononnya ingin menyendiri

tolong! tolong! tolong!

dengarkah jeritan itu?
rumah itu melolong
kerana tidak ingin dibiar sendiri
tidak ingin dibiar hitam dan putih
ingin dicarinya warna pelangi

habuknya sana sini
tiada lagi kesan tapak kaki
perabutnya usang sama sekali
lampunya tidak berkelip

Rumah kosong itu usang


Nukilan LeeJoe
2012