Wednesday, January 25, 2012

Kau bagai bintang
kau bersinar
tapi malap dek awan
jarak antara mata kasar dan engkau
sejauh hati yang tidak mencintai

Kau bagai bayi yang comel
semua mahu dukung
semua mahu cium
mata bulat besar
semua ingin buat kau tersenyum dan ketawa
sekali tersilap langkah
menangis beria

Kau istana berpagar
diimpikan oleh orang kebanyakan
hanya ingin melangkah, menjejak
taman keliling istana yang seindah dalamnya
gerbangnya emas dan bercahaya memberi ketenangan
tetapi kau tinggikan pagar dan perkukuhkan keselamatan