Kau dapat satu
kau tinggalkan dua
mungkin tak perlu
tapi akan juga walaupun tak sengaja
Ada rasa kehilangan?
ada rasa kesedihan?
sakit tak kehilangan tu?
sakit tak kesedihan tu?
soalan seperti tak masuk akal
tapi wajar untuk ditanya
kerana dengan kehilangan
kita belajar untuk menghargai
kerana dengan kesedihan
kita belajar untuk mengatasi
membina permulaan yang baru
diri sentiasa dapat dibaiki
tiada tahap mana kita patut berhenti
tapi
kau dapat satu
kau tinggalkan dua
Nukilan LeeJoe
2011