Thursday, January 20, 2011

Tangisan memecah sepi
Aku terduduk, akal aku mati
aku terlalu kering
sampai tidak lagi aku fikir tangisan itu penting
aku mula membisu
kerana apa aku kata tidak mungkin membantu
memang pahit tekak, pedih hati
tahan semuanya agar tidak berlinang lagi

rasa lemah kah bila jatuh setitik air mata?
Apakah lagi hebat jika simpan dan kuncikan semuanya?
malu kah walaupun setitis tergenang dan jatuh di atas bantal?
berpelukan berselimutkan kehangatan dari kedinginan malam?

jangan simpan sayang
lepaskan saja biar banjir serata dunia
mungkin sementara kau melayang menghilang
tapi tentu yang ada untuk menarik semula ke alam nyata



Nukilan LeeJoe
2011