Thursday, December 23, 2010

pegang tangan ku

mari la sayang
mari kita lari sama sama redah hujan
aku tahu sayang,
jangan tipu aku, kau sedang ketakutan

lihat mata aku wahai kasih
nampakkan saja keikhlasan hati aku
tidak perlu menyorok wahai kasih
bila saja kau mahu nangis, rela saja aku beri bahu

lihat tangan aku
aku tak hanya fikir tentang apa yang aku mahu
aku fikir kamu kamu dan kamu
aku percaya tentang ini
bahawa suatu hari nanti
benda baik terbalas pada aku kembali


Nukilan
LeeJoe 2010