Monday, August 20, 2012

Penat

Penat ada banyak jenis ya?
Macam mana ya?
Penat menunggu?
Penat menjaga amanah?
Penat membeli-belah?
Penat membebel?
Penat mengambil berat?
Penat berusaha?

Penat ni ada dua aspek ya?
Mental dan fizikal?

Kalau orang cakap dia penat,
bunyi macam dia mengeluh ya?
bunyi macam dia mengadu ya?
bunyi macam dia mengada-ada.

Tapi kalau dia dah memang penat sangat macam mana?
Sampai tak tahan dia nak menjerit dan menangis.
Tak bersyukur ke dia?
Tapi dia hanya manusia
Jadi macam mana?


Nukilan LeeJoe
2012

Friday, August 10, 2012

Ada apa dengan dia?

Bukan ada apa dengan cinta
tapi ada apa dengan dia--
yang mungkin kita cinta

Orangnya biasa
rupa pun tak seberapa
pendapatan hanya duit belanja dari ibu bapa
jadi apa yang istimewa?

Tak usah dibanding-bandingkan

Jika dibandingkan pangkat
kita semuanya sama disisi-Nya
jadi apa yang istimewa?

Jika dibandingkan rupa
jika marah dan terluka
apa bezanya?

Jika dibandingkan pendapatan
semuanya boleh hilang sekelip mata
apa saja yang tinggal?

Tetapi

Jika dibandingkan rasa
semuanya ada
cuma
bagaimana?


Nukilan LeeJoe
2012

Friday, August 3, 2012

Apa?

Apa yang dikata mungkin ada benarnya.
tapi mungkin lebih baik tidak disebut jika yang dibawa hanya kehinaan.

Apa yang dilakukan mungkin ada baiknya.
tapi mungkin lebih baik tidak dibuat kalau yang diingini hanya kebanggaan.

Apa yang dilihat mungkin ada nikmatnya.
tapi mungkin lebih baik rendahkan pandangan jika yang diraih hanya kemaksiatan.

Apa yang didengar mungkin ada logiknya.
tapi mungkin lebih baik meneliti dan pastikan kesahihannya jika yang difahami hanya fitnah dan penipuan.

Apakah semua ini?
Semuanya boleh dikawal
Semua boleh berfikir
Kadang-kadang jadi lupa
dan tertarik dengan apa yang orang rasa dan kata

Hanyalah mainan dunia


Nukilan LeeJoe
2012

Anak-anak

Wahai anak-anak
buka mata
keluarlah dari kegelapan
bebaskan sayapmu
terbanglah ke arah cahaya

Wahai anak-anak
pergilah ke pantai
dan selam
selamlah sedalam-dalamnya
hingga cecah ke dasar
tidak kira hujan, panas, ribut, taufan
atau ombak yang memukul
selamlah dan kutip mutiara

Wahai anak-anak
mengapa dimatamu hanya ada wang?
duit yang hanyalah kepingan kertas
duit yang tidak semahal mutiara dan cahaya
duit yang tiada nilai apabila di 'sana'
duit juga tidak semahal jati diri dan maruah
tidak mungkin diletakkan tanda harga

Wahai anak-anak
apa yang kamu kejarkan di dunia?
apa motif kamu berada di medan perang
dengan menggunakan sebatang pen?
apa yang cuba kamu kecapi?
apa yang kamu boleh beri kepada dunia?
apa yang kamu boleh beri untuk menerima di 'sana' ?

Wahai anak-anak
apa yang kamu mahu?


Nukilan LeeJoe
2012

Sunday, June 17, 2012

Family

Family is still family.
When you think you hate them,
You still cry when you hear of their death.
When you think you don't need them,
You ended up in the warmth of their embrace.
When you think you are alone,
You feel secure just to know your family is there for you.
When you think they don't love you,
You feel like dying.


Family is blood.
Family is love.
When you are loved, you are with family.
When you are alone, remember your family.

You are loved-- even if not by words.