Saturday, September 18, 2010

Tributasi 'cinta'

Berdebar debar

Terketar ketar

kelunya lidah tak terkata

apa itu cinta?

apa itu perasaan yang membuat kau menjadi gila?

ada yang tertawa

ada yang berdiam menyeksa jiwa

Apa itu cinta?

Siapa yang berani menampilkan diri

menjelaskan dengan terperinci

Jawapan yang dicari

Kau, aku sedang menanti


#

Dimanakah harus ku cari cinta?

Walau sakit tapi aku ingin cinta

Oh cinta (sakitnya hati bila bercinta tapi aku mahukan cinta)


Ada apa dengan cinta?

Cinta sama keluarga

Cinta sama rakan rakan kita

Cinta sama kekasih hati yang mungkin setia

pernahkah kau mendengar cerita?

tentang mereka

yang meragut nyawa kerana cinta

yang diragut nyawa kerana cinta

Ada apa dengan cinta?


#




faliq yusoff + LeeJoe

2010

Friday, September 17, 2010

Aku tak nak tipu lagi
sakitnya hati silalah kau pergi
wah kau dilayan begitu baik sekali
apa kau ingat aku ini berhati besi?
kalau besi boleh di panas, di lentur bervariasi
ini kan kaca rapuh yang dipanngil hati
Cukup lah sampai disini
tidak ingin terus mendustai diri

Wednesday, September 8, 2010

CINTA


Buku ini diterbitkan untuk mengumpul derma kepada rumah anak yatim yang bernama Rumah Penyayang Hembusan Kasturi.

dalam buku ini terdapat cerita cerita pedek, puisi dan quotation cinta. Konsep cinta di sini adalah sangat luas dan bukan terikat hanya kepada perasaan kasih kepada buah hati sahaja.
Karya karya agung ini ditulis oleh Ammad Izzat, Yong, Maya Zaharudin dan aku.

Harganya RM 10.

siapa yang berminat dan mempunyai soalan dan sebarang kemusykilan, sila emailkan segalanya ke cintabyai@yahoo.com

Tuesday, September 7, 2010

where are you?

You're not around
Seems so dark when you're gone
can't seem to focus my mind on
things that are easily torn
can't you see I'm going crazy?
every time I'm all twitchy
Is when my heart is not at ease
and if it's not too much, can you just please
answer this so I could move on blissfully
I hope that you will too




so where are you?



Written by LeeJoe
2010

Dulu

Ingatkah kau saat itu?
saat yang sering ditunggu-tunggu
saat kau berbisik semanis madu
saat aku terjatuh dalam jeratmu

pernahkah kau lihat aku menangis?
terduduk melutut diriku sangat sadis
rapuh hatiku bukanlah untuk kau kikis
dicampak dipijak dikoyak habis

tertipu aku kau hebat
walau sekejap hatiku terlekat
tapi sayang mulutmu makin kelat
terlepasnya aku kau menggelintat

sekarang aku tertawa sendiri
diusik pentas dimana kita berseni
terputiknya bunga cinta yang wangi
dimanakah kau dan aku kini
semuanya sunyi dan berlalu pergi


Nukilan LeeJoe
2010