Thursday, August 19, 2010

Tertipu, ternyata bodoh
berdiri, terdiam begitu hodoh
kaki bergetar ingin jatuh
lemas, tercungap tercekik udara
apakah tidak cukup apa yang ada?
yang teguh sekarang hanya mereka
jangan ubah kerana cinta
jika benar ianya terasa
jadi terimalah seadanya
jika ini sahaja yang mampu
janganlah terlepas kerana nafsu
nanti menyesal, menangis tak berlagu


Nukilan LeeJoe
2010

Sunday, August 1, 2010

Ada lembutnya

tidak aku sangka,
aku begitu tertipu dengan apa yang nyata,
hati nya keras tak terkata,
apakah salah aku yang terkena?
maafkan aku kerana salah sangka,
siapalah aku untuk menilai dirinya,
suatu hari suatu ketika,
bila aku benar benci dirinya,
kini yang jelas betapa aku cintakan dia,
dia dilapik bayangan singa,
dan sebenarnya dia selembut sutera,
lemahnya aku saat singa mengalir air mata,
hanya kerana anak anaknya,
siapalah aku jika bukan yang terasa,
kerasnya aku juga berbasah mata,
kini aku sedar ada juga lembutnya.
maafkan aku atas segalanya.






Johari Taharim

LeeJoe
2010