Monday, November 23, 2009

Satu langkah ke hadapan.

Aku dalam gelap
matahari terbenam
bulan tidak mengambang.

Aku lari ke sana
aku lari ke sini
tiada cahaya yang dicari
aku terperuk menyendiri.

Aku jalan aku jatuh
Aku menari tetap mengaduh
aku sakit
aku alami perit.

Aku senyap
aku menyepi
mahu terbang tiada sayap
lalu terduduk aku ditepi.

Aku menangis
mengira nasib aku yang sadis
hati rintih dengan bingar
lupa tentang Dia yang mendengar.

Aku meraba dalam kegelapan
aku berdiri untuk berjalan
aku jatuh kesakitan
berdiri semula dengan kekuatan
mencari cahaya kebenaran.

Dengan tabah aku gerakkan
satu langkah kehadapan.


Nukilan LeeJoe,
2009